Saturday, 26 August 2017

PENJIMATAN BATERI TERUNGGUL DENGAN LENOVO POWER MANAGER

Meskipun kebanyakan telefon pintar jaguh dari segi kelajuan dan kemampuan rampai fungsi (multifunction), namun dalam hal penjimatan bateri, ia masih di tahap yang amat mengecewakan. Jadi, para pengguna terpaksa mencuba pelbagai cara untuk mengatasi hal ini.

Salah satu caranya adalah dengan memasang aplikasi penjimat bateri. Namun begitu, kebanyakannya mengeluarkan dakwaan palsu semata-mata dan hanya menangguk di air yang keruh, bahkan yang lebih parah, ada yang menambahkan penggunaan bateri lagi dan membebankan storan dan kelajuan telefon.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan satu aplikasi yang telah terbukti berkesan pada telefon saya, iaitu Power Manager yang dibangunkan oleh Lenovo. Aplikasi ini menawarkan tiga kendalian bateri (battery mode) iaitu normal (biasa), power saving (jimat bateri) dan emergency (kecemasan). Dari ketiga-tiga kendalian ini, yang terbaik ialah emergency kerana membataskan penggunaan telefon untuk membuat panggilan dan menghantar mesej sahaja. Dengan cara ini, maka proses dan tenaga tidak banyak berlaku sekaligus menjimatkan bateri dengan begitu unggul iaitu mampu bertahan dalam beberapa hari *bergantung kepada kapasiti bateri juga*. Kendalian ini juga tidak dinafikan mirip dan setanding dengan Ultra Power Saving Mode yang diperkenalkan oleh Samsung pada model Galaxynya.

Akan tetapi, disebabkan kendalian Emergency terbatas untuk telefon Lenovo sahaja, maka beberapa perkara perlu dilakukan terlebih dahulu jika ingin diaktifkan pada telefon jenama lain.


CARA PEMASANGAN LENOVO POWER MANAGER PADA PERANTI LAIN

1_Pasang Lenovo Manager (muat turun apk di sini)

2_Telefon anda hendaklah diroot untuk membenarkan pemasangan rangka kerja tersuai (custom framework) pada telefon.

Untuk mengeroot telefon anda, sila cari tunjuk caranya (tutorial) di Google. Namun cara paling universal untuk mengeroot semua jenis telefon adalah dengan memasang aplikasi Kingroot. (Boleh muat turun di sini)

2_Selepas telefon anda berjaya diroot, pasang Xposed Installer, iaitu sebuah rangka kerja tersuai yang membolehkan anda melakukan banyak ubah suai  (customization) terhadap telefon.
Cara pemasangan Xposed Installer boleh dirujuk di sini.

3_Alhamdulillah, kini anda telah berjaya menggunakan kendalian Emergency.


No comments:

Post a Comment

  Jom muat turun sticker avatar Facebook terbaru dengan tulisan Jawi, tulisan khazanah Melayu Preview gambar klik link di bawah untuk muat t...