SOS ULTRA POWER SAVER LAUNCHER
PELANCAR JIMAT KUASA UNGGUL SOS
Homescreen (layar utama) |
Halaman tetapan |
Muat turun aplikasi ini
SOS Power Saver Launcher
Kalau artikel lepas, saya kongsikan berkenaan cara menjimatkan bateri menggunakan Lenovo Power Manager. Kali ini, saya ingin kongsikan pula penjimatan bateri menggunakan SOS Power Saver Launcher.
PENGGANTI LAYAR UTAMA
Menurut pengujian saya terhadap aplikasi ini, saya boleh simpulkan bahawa aplikasi ini ialah pengganti layar utama yang mempunyai kendalian (mode) Jimat Kuasa Unggul untuk telefon bimbit anda bagi membantu memanjangkan jangka hayat bateri ketika ia hampir habis. Di layar utamanya, anda boleh meletakkan 4 aplikasi utama seperti daftar panggilan, mesej, jam dan lain-lain bagi memudahkan capaian. Namun begitu, anda tetap boleh mencapai aplikasi lain dengan menekan butang bintik enam yang ada di antara keempat pintasan aplikasi utama.
MACAM MANA BOLEH JIMATKAN KUASA?
Penjimatan bateri dilakukan melalui pengurangan proses yang 'lahap bateri' dengan mematikannya daripada berjalan di latar, menjadikan warna hitam sebagai latar layar utama bagi mengurangkan proses aneka warna dan melenyapkan seketika dua teras pemprosesan daripada telefon empat teras.
No comments:
Post a Comment